APA ITU KasihPKNS?

KASIH merupakan penjenamaan bagi aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS yang dilancarkan pada 25 Februari 2012 oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, YB Tuan Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad sempena Program Baik Pulih Rumah Asnaf Fakir Miskin di Sabak Bernam.


KASIH merupakan satu inisiatif CSR yang diperkenalkan PKNS sebagai tanda keprihatinan kepada rakyat Selangor di mana PKNS menyalurkan semula keuntungan yang diperolehi menerusi pelbagai bentuk seperti subsidi perumahan mampu milik, bantuan kepada asnaf fakir miskin dan yang memerlukan, bantuan pendidikan serta banyak lagi.

Objektif

Mengimbangi peranan PKNS sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula keuntungan kepada rakyat, selaras dengan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.
Mengimbangi peranan PKNS sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula keuntungan kepada rakyat, selaras dengan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.
Mengimbangi peranan PKNS sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula keuntungan kepada rakyat, selaras dengan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.
Mengimbangi peranan PKNS sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula keuntungan kepada rakyat, selaras dengan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.

LOGO & RASIONAL

LOGO
Akronim bagi Program CSR Kasih PKNS merupakan inisiatif dan keprihatinan PKNS terhadap rakyat di Negeri Selangor yang memerlukan bantuan bagi menikmati kehidupan yang selesa dalam persekitaran yang harmoni. Kasih PKNS adalah wahana membantu rakyat mendapat manfaat daripada aktiviti dan program CSR yang disediakan. Warna yang ceria dengan tipografi ‘tulisan tangan’ mencerminkan pendirian, komitmen dan tanggungjawab sosial PKNS untuk rakyat berbilang kaum.
TIPOGRAFI
Penggunaan tipografi Ubuntu memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan yang bermaksud ‘Huminity Toward Others’ atau diterjemah ‘Kemanusiaan Untuk Semua’ sabagai wadah yang simbolik dalam penerbitan ini.
HONEYCOMB
Sarang lebah atau honeycomb tempat untuk madu dan telur sebagai metafora kepada inisiatif CSR PKNS untuk membantu kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Kelompok sel heksagon yang kukuh menggambarkan hubungan erat, sokongan dan iltizam warga kerja PKNS dalam mempelbagaikan program serta aktiviti yang bermanfaat untuk semua. Pada keseluruhannya, honeycomb yang berwarna putih mendukung sifat baik, ikhlas dan jujur.

Dasar Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS

Pengenalan
PKNS sebagai Agensi Pembangunan Hartanah Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab ke atas pembangunan Sosio Ekonomi di Negeri Selangor. Tanggungjawab ini adalah selaras dengan Misi dan Visi PKNS untuk Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan.... Merealisasi Impian.

Menyedari hal ini, PKNS berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab dalam menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat dan akan disalurkan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS.
Matlamat Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS
Dasar Tanggungjawab Sosial Korporat ini adalah berteraskan kepada nilai-nilai murni dalam pembangunan kesejahteraan hidup masyarakat khususnya penduduk di Negeri Selangor. Ini membuktikan bahawa PKNS bukan sahaja mementingkan pembangunan yang mampan tetapi memandang serius dalam membina pembangunan komuniti supaya setiap orang mampu mengecapi nikmat yang sama. Tanggungjawab ini akan dilaksanakan meliputi kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut :

-Sumbangan kepada Kerajaan Negeri
-Komuniti dan Kebajikan Sosial
-Pendidikan
-Pembangunan Sukan
-Persekitaran dan Alam Sekitar
-Amalan Terbaik di Tempat Kerja
Objektif Tanggungjawab Korporat
Selaras dengan matlamat Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS, kami akan berpegang teguh kepada objektif-objektif berikut dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami, iaitu :

1. Membezakan PKNS daripada para pesaing dengan memperkukuhkan imej dan kredibiliti yang lebih bermakna di mata masyarakat.
2. Memperkukuhkan perasaan muhibbah dan hubungan baik dengan para pelanggan tanpa diskriminasi.
3. Berusaha untuk memastikan semua aktiviti perniagaan memberi impak yang positif ke atas pekerja, alam sekitar, masyarakat dan stakeholder.
4. Memastikan semua aktiviti mematuhi akta dan peraturan.
5. Memanfaatkan dana secara optimum bagi faedah kumpulan sasar dalam setiap program yang dijalankan.
Prosedur Permohonan Sumbangan
Sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio-ekonomi di Selangor, PKNS berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat secara efektif dan komprehensif. Bagi memperkukuh dan meningkatkan ketelusan di dalam perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini, setiap permohonan yang dikemukakan perlu mematuhi polisi yang ditetapkan, iaitu :

1. Garis Panduan Permohonan Sumbangan
2. Apa Yang Disokong oleh PKNS
3. Syarat-Syarat Permohonan
Garis Panduan Permohonan Sumbangan
1. Semua permohonan sumbangan daripada pihak luar akan dipertimbangkan oleh PKNS mengikut meritnya sendiri. Permohonan akan dikaji dengan teliti mengikut Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS, kepatuhannya kepada Prosedur Kewangan dan Polisi Sistem Integriti Korporat PKNS.

2. PKNS juga memberi keutamaan kepada aktiviti, majlis, kempen atau projek tanggungjawab sosial korporat yang disertai oleh pekerjanya. Penyertaan pekerja dalam inisiatif ini amat digalakkan sebagai tujuan bagi pembangunan holistik.

3.PKNS tidak akan mempertimbangan kepada mana-mana permohonan yang tidak mencapai objektif tanggungjawab sosial korporat yang ditetapkan oleh PKNS.
Permohonan atau Aktiviti yang Disokong PKNS
Dalam menentukan apa yang disokong oleh PKNS, kami melihat bagaimana sumbangan yang disalurkan memberi faedah dan kesan positif seperti berikut :

1. Meningkatkan hubungan PKNS dengan mana-mana media dan kerajaan.
2. Memperkukuh jenama dan reputasi korporat PKNS.
3. Mempertingkatkan kesedaran, pemahaman dan penghayatan terhadap semua perkhidmatan PKNS kepada pelanggan.
4. Mampu mempertingkatkan tahap pendidikan kepada masyarakat khususnya golongan yang kurang berkemampuan dan yang benar-benar memerlukan.
Permohonan atau Aktiviti Yang Tidak Disokong PKNS
PKNS tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan inisiatif seperti berikut sekiranya:

1. Tidak selari dengan teras Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS
2. Bercanggah dengan Nilai-Nilai Korporat PKNS
3. Berkaitan atau dikaitkan dengan mana-mana parti politik
v 4. Merupakan inisiatif teologi (kepercayaan agama) yang disokong oleh pertubuhan mazhab atau pertubuhan agama yang bercanggahan dengan peraturan Jabatan Agama Islam.
5. Tidak diurus atau disokong dengan baik
6. Berpunca daripada entiti yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pendaftar Pertubuhan dan / atau mana-mana agensi yang berkaitan
7. Aktiviti yang mencurigakan atau meragukan.
Syarat-syarat Permohonan
1. Setiap permohonan yang dikemukakan perlu mengemukakan Surat Permohonan bersama Kertas Kerja yang lengkap dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang releven seperti:

i. Penyata Bank terkini
ii. Salinan Surat Sokongan dari agensi yang berkaitan
iii. Salinan Perakuan Pendaftaran
iv. Salinan Surat dari LHDN berkaitan dengan Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
v. Gambar berkaitan

2. Hanya permohonan dalam bentuk “hardcopy” dan lengkap sahaja yang akan dilayan.

3. PKNS berhak meminta dokumen-dokumen sokongan dan menolak permohonan yang tidak lengkap.

4. Sekiranya pemohon gagal memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat, pemohon dianggap tidak berminat dan permohonan dikira terbatal.

5. Bagi permohonan berbentuk program, pemohonan perlu dikemukakan 3 bulan sebelum program berlangsung.

6. Mana-mana sumbangan untuk tajaan program yang (dirasakan sesuai) pemohon perlu mempamerkan logo PKNS di dalam setiap banner, bunting atau apa jua bentuk propaganda yang diguna pakai.

7. Jumlah sumbangan atau tajaan mestilah terpulang kepada budi bicara PKNS. PKNS juga berhak untuk tidak memberi sebarang sumbangan ke atas permohonan.

8. Semua sumbangan atau tajaan PKNS adalah sumbangan secara one off sahaja.

9. Mana-mana permohonan yang telah ditolak tidak akan dipertimbangkan semula dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan yang dikemukakan.
hputihrumah-rita (1)

Program

PKNS sentiasa komited di dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporatnya. Inisiatif PKNS ini merangkumi pelbagai aspek seperti :

  • Sumbangan kepada Kerajaan Negeri
  • Komuniti dan Kebajikan Sosial
  • Pendidikan
  • Persekitaran & Alam Sekitar

Aktiviti & Galeri KasihPKNS