Pengenalan


KASIH merupakan penjenamaan bagi aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS yang dilancarkan pada 25 Februari 2012 oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, YB Tuan Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad sempena Program Baik Pulih Rumah Asnaf Fakir Miskin di Sabak Bernam.

KASIH merupakan satu inisiatif CSR yang diperkenalkan PKNS sebagai tanda keprihatinan kepada rakyat Selangor di mana PKNS menyalurkan semula keuntungan yang diperolehi menerusi pelbagai bentuk seperti subsidi perumahan mampu milik, bantuan kepada asnaf fakir miskin dan yang memerlukan, bantuan pendidikan serta banyak lagi.

Hasrat PKNS juga adalah untuk memastikan aspek pembangunan yang vibran dan lestari dapat dinikmati rakyat dalam suasana kehidupan yang selesa, aman, indah dan harmoni serta memenuhi kehendak komuniti melalui pengagihan yang saksama.

Seiring dengan usaha transformasi PKNS, aspek pembangunan akan terus diimbangi dengan tanggungjawab sosial korporatnya kepada semua pihak terutamanya rakyat di negeri Selangor.

Objektif

Mengimbangi peranan PKNS sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula keuntungan kepada rakyat, selaras dengan merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.

Memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat PKNS kepada masyarakat yang memerlukan bantuan sama ada berbentuk wang ringgit, program khidmat masyarakat, sumbangan idea dan sebagainya.

Merapatkan hubungan di antara komuniti perumahan PKNS dengan warga PKNS dalam sesuatu program yang dianjurkan bagi mewujudkan keharmonian persekitaran.

Menanam sikap melakukan aktiviti sukarela di kalangan anggota PKNS yang bertujuan untuk mewujudkan budaya korporat yang prihatin.