TKPM Hospital Ampang Terima Sumbangan RM100,000
November 1, 2017
Tiga Institusi Terima Van
November 1, 2017
Show all

PKNS Hulur Sumbangan Menjelang Syawal

Raut wajah gembira Penghuni Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas jelas kelihatan apabila diraikan pada Majlis Iftar Ramadan Kasih PKNS di Hotel De Palma, Shah Alam 23 Jun lalu.

Selain dijamu dengan juadah berbuka puasa, mereka turut diberikan duit raya oleh PKNS yang disampaikan Pengurus Besar, Azlan Md Alifiah.

Sebelum itu, Azlan turut menyampaikan sumbangan wang zakat perniagaan PKNS kepada 5 institusi berjumlah RM10,000 setiap satu iaitu Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nur Hati dan Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata bantuan yang dihulurkan menjelang Syawal itu diharap dapat membantu institusi terbabit membuat persiapan Aidilfitri mahupun menampung perbelanjaan lain.

“Moga-moga usaha ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT tambahan lagi dalam kita mengejar keberkatan Ramadan iaitu bulan yang penuh rahmat dan pengampunan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *