Tiga Institusi Terima Van
November 1, 2017
Show all

PKNS Rai Penghuni Pusat Jagaan Divine Life Society

Ketibaan Hari Deepavali tidak lama lagi semakin dirasai penghuni Pusat Jagaan Divine Life Society apabila menerima kunjungan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semalam.

PKNS yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, Hjh. Noraida Mohd Yusof dan anggota-anggota PKNS hadir meraikan 25 penghuni pusat jagaan terbabit pada program Jalinan Kasih PKNS di pusat yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu itu.

Hjh. Noraida dalam ucapan alu-aluannya menyifatkan program seumpama itu adalah tanda sokongan PKNS kepada badan-badan kebajikan yang turut sama menggalas tanggungjawab dalam pembangunan sosial.

depavali-pkns

“Program Jalinan Kasih PKNS ini merupakan kesinambungan kepada program-program yang dilaksanakan setiap tahun secara menyeluruh di negeri Selangor.

“Saya berharap insiatif tanggungjawab sosial korporat ini dapat mengeratkan lagi hubungan perbadanan dengan anggota masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Pada majlis itu, PKNS turut memberi sumbangan sebanyak RM5,000.

Pusat Jagaan Divine Life Society yang ditubuhkan pada 1996 itu menempatkan kanak-kanak dan remaja berusia antara 7 hingga 17 tahun, terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan terbiar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *