PKNS Hulur Sumbangan Menjelang Syawal
November 1, 2017
PKNS Rai Penghuni Pusat Jagaan Divine Life Society
November 1, 2017
Show all

Tiga Institusi Terima Van

Dua institusi pendidikan dan satu kemanusiaan hari ini menerima van persendirian yang disumbangkan PKNS menerusi wang zakat perniagaan perbadanan itu pada satu majlis ringkas, Jumaat lalu.

Institusi berkenaan, Sekolah Rendah Islam Al-Muariff Rawang, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira Jeram dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan), Noraida Mohd Yusof.

Para penerima sumbangan turut diraikan pada majlis berbuka puasa selepas itu.

Sementara itu, Noraida dalam ucapannya berkata, PKNS menerusi program KASIH PKNS telah menjelajah ke banyak lokasi tanpa mengira sempadan negeri dan negara.

DSC_8033

“Pelbagai program telah diadakan dengan menjurus kepada program kemasyarakatan atau komuniti, malah PKNS mendekati dan menghulurkan bantuan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan, pendidikan dan agama,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan itu telah mengambil kira faktor keperluan institusi masing-masing, contohnya Sekolah Rendah Islam Al-Muariff yang berhadapan dengan masalah pengangkutan dan kekurangan dana di mana pihak sekolah mengguna pakai sebuah van yang sudah mencapai usia 26 tahun, selalu mengalami kerosakan dan sudah tidak selamat untuk digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *